Walaupun ia kedengaran agak pelik, namun itulah yang berlaku di Bihar, India apabila pekerja di sebuah syarikat terpaksa memakai topi keledar semasa bekerja dan sepanjang mereka berada di situ atas faktor keselamatan kerana bangunan pejabat mereka itu diisytiharkan berbahaya untuk didiami.

BACA: Tangan Besar, Dipanggil Syaitan

Video berdurasi selama 27 saat itu menunjukkan suasana pejabat dan keadaan siling bangunan yang bocor di beberapa tempat dan dikatakan pernah runtuh sebelum ini.

Malah, video itu telah tular di laman sosial malah membangkitkan perdebatan mengenai situasi bekerja yang miskin di negara Asia.

“Jabatan pembinaan bangunan mengisytiharkan bangunan ini dalam keadaan bahaya untuk digunakan. Pihak berkuasa bagaimanapun mendapati tiada usaha untuk memindahkan pejabat ini,” ujar salah seorang pekerja bernama Amit Kumar Pandey.

“Keadaan bertambah buruk disebabkan hujan apabila keseluruhan bangunan bocor, menyebabkan bahaya pada peralatan pejabat,” sambungnya.

Berikutan itu, pegawai kerajaan telah memberitahu bahawa pejabat mereka akan berpindah secepat mungkin setelah video mengenai keadaan pejabat mereka tular di laman sosial.

“Pejabat itu akan dipindahkan ke tempat yang lebih selamat dalam tempoh sehari. Kita telah mengarahkan pemindahan dilakukan tetapi kelewatan berlaku,” jelas seorang pegawai kanan.

“Kita telah mengeluarkan surat tunjuk sebab berhubung keadaan itu bagi menjelaskan mengapa kelewatan pemindahan berlaku,” tambahnya lagi.

Dia turut berkata surat tunjuk sebab itu diberikan kepada empat pekerja yang terlibat di dalam video tersebut kerana meluahkan masalah di laman sosial sebelum berbincang dengan orang atasan mereka mengenai isu ini, lapor Odditycentral.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tomyam Dalam Kelapa Kat Seri Keningau Serius Power