Baru-baru ini, media sosial popular Facebook dan Instagtam telah mengumumkan pengharaman terhadap penggunaan tiga emoji ini iaitu terung, buah peach dan titisan air.

Difahamkan, pengharaman emoji tersebut susulan sering dikaitkan dengan pengaruh seksual.

BACA: Instagram Akan Sekat Promosi Produk Berat Badan, Kosmetik Tak Sah

Garis panduan terbaharu melarang kesemua emoji tersebut dan tidak boleh digunakan kerana ia menggambarkan aktiviti dan bahagian tubuh.

Dengan pengenalan kepada penambahan baharu itu, Facebook memaklumkan pihaknya meletakkan ‘when content facilitates, encourages or coordinates sexual encounters between adults.’

Difahamkan, emoji terung selalu digambarkan sebagai kemaluan lelaki, buah peach pula menggambarkan punggung dan titisan air pula menggambarkan seseorang itu sedang ‘merecik’.

Bagaimanapun, netizen mengkritik peraturan baru itu kerana ada beberapa lagi emoji yang lain juga selalu dikaitkan dengan aktiviti seksual juga patut diharamkan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Goreng Cili Padi