Pasti ramai diantara anda yang gemar minum susu kambing mentah atau yang baru sahaja diperah. Namun ramai tidak tahu bahawa susu kambing mentah mudah terdedah dengan kuman bahaya sehingga meragut nyawa.

Baru-baru ini, Facebook Public Health Malaysia berkongsikan tentang bakteria bahaya dalam susu kambing mentah iaitu Brucelosis Brucella.

BACA: “Harga Kambing Golek Pun Naik, Gaji Fresh Grad Tetap Sama”

Ia merupakan kuman yang boleh menjangkiti haiwan ternakan terutamanya kambing. Untuk pengetahuan anda, kuman ini sangat mudah dijangkiti dan bahaya lebih-lebih lagi kepada ibu mengandung dan bayi.

Ini antara beberapa bukti susu kambing mentah adalah sejenis minuman berbahaya jika tidak memprosesnya dahulu sebelum minum.

1. Seramai 8 individu telah dijangkiti dengan wabak brucellosis akibat meminum susu kambing MENTAH daripada sebuah ladang ternakan kambing.

2. Siasatan mendapati, susu mentah yang diminum oleh mangsa telah dicemari dengan kuman Brucella. Sejenis kuman merbahaya yang boleh menyebabkan maut.

3. Pengusaha ladang kambing yang terletak di Pulau Indah Klang telah didakwa dimahkamah kerana menjual susu mentah kepada pelanggan.

4. Hal ini adalah bertentangan dengan Akta Makanan 1983 dan Mahkamah Majistret Klang telah menjatuhkan hukuman denda RM 1000 atau penjara tidak melebihi 2 minggu.

Ramai percaya minum susu mentah mampu merawat penyakit tertentu

Ramai yang memilih minum susu secara mentah kerana percaya ianya dapat meningkatkan ketahanan badan, sebagai tonik hati atau untuk merawat penyakit-penyakit tertentu seperti penyakit demam kuning.

Tetapi perlu diketahui susu mentah adalah antara medium utama pertumbuhan bakteria termasuk Brucella dan Mycobacterium .

Pengusaha dan penjual susu disarankan untuk mematuhi Peraturan 51, Peraturan Kebersihan Makanan 2009 iaitu tidak boleh menjual susu yang tidak diproses.

Jika anda membeli juga susu kambing mentah, pastkan ianya dimasak terlebih dahulu sehingga mendidih.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?