Di zaman teknologi canggih ini, ramai yang lebih gemar melihat telefon bimbit mereka daripada mengambil berat mengenai keadaan sekeliling. Perkara ini dapat dibuktikan apabila seorang ibu sanggup menyuruh anaknya kencing dalam mangkuk makanan di sebuah restoran kerana leka melihat telefonnya.

BACA: Kematian Adik Thaqif Berpunca Dari Kencing Tikus

Video sumber dari Youtube itu menunjukkan lokasi restoran itu iaitu di Fangzhuang, Beijing, China dan kejadian ini menjadi tular di laman media sosial China.

Kejadian tersebut berlaku apabila si anak mahu terkencing dan memaklumkan kepada ibunya namun dia menyuruh anaknya kencing dalam mangkuk makanan kerana tak mahu berenggang daripada telefon pintar miliknya.

Sumber dari pinterest.com

Kemudian, dengan selamba dia memberitahu pihak restoran akan membasuh pinggan mangkuk digunakan olehnya.

Perbuatan wanita itu disedari oleh pengunjung restoran yang lain yang terkejut melihat tindakannya, lapor Shanghaiist.

Berikutan itu, pihak restoran terpaksa membuang segala pinggan dan mangkuk digunakan oleh wanita berkenaan atas tujuan kebersihan dan kesihatan.

Bayangkan jika kita makan menggunakan mangkuk yang pernah dikotori air kencing, pasti kita akan berasa loya tekak dan tak berselera nak makan kan?

ARTIKEL BERKAITAN:
Buat Pembedahan Plastik, Tak Lepas Imigresen
Harga Mee Daging RM1,393, Ini Apa Anda Dapat
5,000 Mangkuk Mee Percuma Lepas Jumpa Cincin Tunang

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bila Makanan Panas, Tapi Kau Tibai Jugak