Jika membuka restoran atau kedai makan, selain rasa makanan yang sedap, soal kebersihan dalam makanan juga sangat penting. Orang sekarang semakin menitik beratkan kebersihan dan pasti peniaga tak mahu kedai mereka dilabel kotor.

Nampaknya, ada lagi kedai makan yang kurang peka mengenai kebersihan makanan apabila seorang pelanggan menjumpai mata kail yang tajam di dalam lauk ikan di sebuah kedai makan di Batu Pahat.

BACA: Restoran Asam Pedas Di Melaka Penuh Ulat Diarah Tutup

Bukan hanya jumpa mata kail tetapi bersama tali tangsi. Menurut pelanggan itu, dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada pemilik kedai namun sangat mengecewakan apabila mereka tidak menggantikan makanan tersebut dengan hidangan yang baru.

Menurutnya, pemilik kedai hanya meminta maaf namum tidak mengambil tindakan lanjut. Malah, dia turut ditengking oleh pekerja kedai makan tersebut selepas memanggil mereka.

Dalam pada itu, dia berkata perkongsiannya itu bukanlah berniat untuk mengaibkan sesiapa tetapi untuk memberi peringatan kepada peniaga kedai makan di luar sana supaya mementingkan aspek kebersihan makanan.

Perkongsian tersebut ternyata mengejutkan netizen yang mempersoalkan bagaimana jika ada yang tertelan bendasing tersebut. Tidak kurang juga ada netizen lain turut berkongsikan pengalaman mereka berdepan perkara yang sama.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱