Ramai yang ambil ringan tentang perkara ini, namun mungkin selepas anda membaca perkongsian ini anda perlu hentikan tabiat buruk tersebut.

Satu kajian mendedahkan jika anda duduk dalam jangka masa yang lama ia meningkatkan risiko mati cepat. Kajian itu turut memberitahu, duduk terlalu lama mempengaruhi jangka hayat hidup seseorang.

BACA: Kajian: Gemar Betulkan ‘Typo’, Anda Sebenarnya Otak Sempit

Kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Epidemiology baru-baru ini mendapati menggantikan 30 minit waktu duduk atau tidak bergerak dengan 30 minit aktiviti fizikal mengurangkan risiko kematian sehingga 17%.

Bahkan, jika 30 minit itu digantikan dengan aktiviti ringan boleh mengurangkan risiko kematian sehingga 35%. Ini bermakna dengan mengurangkan duduk dapat memanjangkan umur.

“Jika anda menggantikan waktu duduk 30 minit dengan aktiviti senaman, seperti berjalan, maka ia dapat menurunkan risiko penyakit,”

Penyelidik Professor Keith Diaz dari Columbia University Medical Center memberitahu, jika anda menggantikan waktu duduk 30 minit dengan aktiviti senaman, seperti berjalan, ia dapat menurunkan risiko penyakit.

Jika anda masih duduk lagi, cepat-cepat bangun luangkan masa sebentar untuk berjalan di sekitar pejabat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉