Jika anda suka duduk berjam-jam sambil menghadap telefon pintar, mungkin selepas ini anda akan fikir banyak kali untuk melakukan ‘tabiat’ kegemaran anda itu.

Pasti anda tahu bahawa penggunaan telefon pintar secara berlebihan akan beri kesan buruk pada kesihatan mental.

BACA: Dikutuk Gemuk, Gadis Ini Berjaya Tukar Saiz Seluar Dari 34 Ke 26

Tak cukup dengan itu, kajian terbaru mendedahkan jika anda menggunakan telefon pintar lebih lima jam sehari boleh menyebabkan kegemukan.

Dalam kajian yang dibentangkan di ACC Latin America Conference 2019, saintis di Simón Bolívar University telah menjalani permahatian kajian ke atas 1,060 pelajar Fakulti Sains Kesihatan di univerisiti berkenaan dari Jun hingga Disember 2018.

Dari kumpulan itu, 700 daripadanya adalah wanita dan 360 daripadanya adalah lelaki, berusia antara 19 hingga 20 tahun.

Kajian mendapati bahawa jika seseorang menggunakan telefon pintar mereka selama lebih daripada lima jam sehari, risiko obesiti meningkat sebanyak 43%. Ini kerana mereka hanya duduk dan cenderung untuk mengambil makanan ringan dan snek tidak sihat.

Kajian mendedahkan, pelajar yang mengambil bahagian mengambil dua kali minuman manis serta makanan segera disebabkan penggunaan telefon pintar dalam tempoh lama.

Hasil kajian 26% subjek mengalami masalah berat badan berlebihan dan 4.6% menjadi obes akibat menghabiskan lebih daripada lima jam menggunakan telefon pintar.  Berhentilah asyik ‘menghadap’ telefon pintar anda tu dan kekal aktif!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱