Ini merupakan kajian kesihatan paling  pelik pernah ditemui, tetapi jika ianya benar mungkin anda perlu bersenam mulai sekarang. Sebuah kaji selidik yang diterbitkan oleh journal Neurology mendedahkan ada kaitan antara lemak di perut dan pengecutan Grey Matter di otak.

Untuk pengetahuan anda, Grey Matter sanagat penting di mana ia menampung sel-sel saraf yang mengawal otak kita dan keupayaan kita untuk melihat, mendengar, dan banyak lagi. Boleh dikatakan Grey Matter ini sangat penting.

BACA: Menteri Kesihatan: Isteri Gemuk Punca Sukar Dapat Zuriat

Menurut CNN, kajian dilakukan ke atas 9652 responden di usia pertengahan di United Kingdom dan menilai indeks massa tubuh mereka (BMI). Satu dari lima didapati obesiti, dan mereka yang memiliki angka BMI lebih tinggi diberikan imbasan MRI. Hasil mendapat, kawasan/isi padu Grey Matter mereka paling rendah.

Salah seorang penyelidik, Mark Hamer, yang merupakan profesor olahraga di England merumuskan, pengurangan saiz otak meningkat secara linear kerana lemak di sekitar pertengahan semakin besar.

Kawasan lain yang terdapat pada otak iaitu White Matter tiada kaitan dengan obesiti, bagaimanapun, ia menghubungkan bahagian-bahagian Grey Matter antara satu sama lain.

Sebelum ini, terdapat kajian menunjukkan pengecutan Grey Matter berkait rapat dengan perkembangan damensia yang sering disebabkan oleh penyakit Alzheimer. Ya, perut besar menyebabkan anda berisiko tinggi untuk hilang ingatan. Berita baiknya, saiz otak anda akan kembali ke asal jika berat badan anda sihat atau ideal.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱