Susulan perlaksaan Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September lalu, syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengeluarkan notis kepada pengguna mengenai cukai SST yang akan dikenakan sekiranya penggunaan elektrik melebihi 600 kWj.

Namun, ramai yang tidak pasti berapa banyak 600 kWj. Menurut kenyataan dari TNB, jika ditukarkan kepada wang ringgit ia bersamaan dengan RM231.80.

BACA: Tiada SST Untuk Kad Tambah Nilai Prabayar

Caj ini akan dikenakan bagi mereka yang berada dalam kategori Domestik (kediaman) dan berada dalam tempoh pembelian 28 hari ke atas.

Menurut notis yang dikeluarkan, bil pada bulan Ogos/September akan ditentukan berdasarkan penggunaan elektrik pada 1 September dan dikira secara pro-rata.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan boleh layari laman sesawang www.customs.gov.my.

ARTIKEL BERKAITAN:
Harga Rumah Lebih Murah Selepas Perlaksanaan SST
Roti Canai, Teh Tarik Sah Akan Dikenakan Cukai SST

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Menangis Makan Spaghetti Masak Lemak Cili Padi Berapi 🔥🔥🔥