Macam-macam peniaga sanggup buat untuk dapatkan keuntungan. Baru-baru ini sebuah kedai menjual ikan di Kuwait di arah tutup oleh pengawai penguatkuasa selepas peniaga kedai tersebut melekatkan mata plastik pada mata ikan yang dijual untuk menampakkan lebih segar.

Gambar-gambar lucu salah seekor ‘ikan segar’ itu telah dikongsi di media sosial dan akhbar tempatan. Laporan media memberitahu, kementerian perdagangan negara telah menutup kedai terbabit selepas helahnya dapat dihidu.

BACA: Mahu Bersedekah, Ikan Temenung Seekor Lima Sen Jadi Rebutan

Gambar-gambar yang terdapat dikongsikan di media sosial menunjukkan mata palsu yang dilekatkan terkeluar sedikit dari mata sebenar ikan sekali gus jelas menunjukkan mata ikan yang sebenar telah kuning.

Rata-rata pengguna media sosial mengejek taktik penjual ikan yang tidak disebut namanya.

Ada di antara netizen mempersoal tindakn peniaga tersebut dalam masa sama terfikir adakah benar pembeli tidak akan menyedari taktik licik peniaga tersebut.

Harap-harap taktik seperti ini tidak dilakukan di Malaysia. Jangan sebab nak untung sampai sanggup tipu pembeli.

ARTIKEL BERKAITAN:
Tahun 2017, Harga Ikan Semakin Gila!
Ikan Bilis Sajat & Fazura Laku Teruk!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ikan Bakar Di Perlis Memang Lain Macam!