Taufan Irma yang melanda kawasan Bahamas pada Jumaat lalu menggemparkan penduduk tempatan apabila lautan Bahamas yang cantik kebiruan lenyap seketika selepas dilanda taufan itu.

Tiada lagi pemandangan warna biru laut yang digemari ramai dan kawasan tersebut digambarkan hanyalah sebuah kawasan yang kosong dan kering kontang.

BACA: Ini Memang Betul Pulau Babi

Sebuah video menunjukkan kawasan lautan Bahamas yang tidak ubah seperti ‘laut kering’ dirakam oleh seorang wanita selepas taufan Irma melanda kawasan tersebut.

Sumber dari liputan6.com

Namun, seorang pengguna laman blog mikro memuatnaik gambar di pantai berdekatan kawasan itu menunjukkan ia kembali dipenuhi air seperti biasa dalam tempoh 24 jam.

Berikutan kejadian itu, Perkhidmatan Cuaca Terp memberitahu bahawa angin kencang membuatkan air laut di kawasan berkenaan ‘disedut dari lokasi kejadian.

“Angin kencang yang dibawa taufan Kategori 5 itu telah ‘menyedut’ air dari teluk cetek hingga menghasilkan kesan seperti sebelum tsunami,” kata pihak itu sebelum mengakhiri perbualan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Takoyaki Bapak Panas! 🔥 🔥 🔥 (Osaka)