Pasti ramai tahu baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang bertindak memukul bekas isteri dan bekas bapa mertuanya di tempat awam sehingga menyebabkan kecederaan.

Perkara itu didedahkan oleh seorang netizen yang juga merupakan rakan kepada mangsa. Menurut keluarga mangsa, suspek sudah beberapa kali melakukan perkara di luar jangkaan. Meskipun sudah beberapa kali membuat laporan polis namun suspek dilepaskan.

BACA: “Dahla Cop Parking, Lepas Tu Pukul Orang”

Menurut laporan Harian Metro, tidak puas hati dipercayai akibat konflik rumah tangga menyebabkan suspek bertindak luar kawalan.

Dalam kejadian berlaku jam 12.15 tengah hari pada 4 September lalu, mangsa berusia 35 tahun bersama bapanya berusia 60-an dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menyelesaikan urusan mahkamah di Shah Alam sebelum menyedari tayar kereta dipandu pancit disyaki ditoreh.

Mangsa kemudian memberhentikan kenderaannya di bahu jalan untuk memeriksa tayar sebelum menyedari kereta dipandu bekas suaminya berusia 34 tahun berhenti berhampiran.

Suspek kemudian bertindak menghentak kepala mangsa dan bapanya di permukaan jalan sehingga menyebabkan pergelutan. Kejadian tersebut disedari orang ramai yang membantu meleraikan pergelutan menyebabkan bekas suaminya beredar dari lokasi.

Mangsa mintak viralkan..Ya Allah, lindungilah sahabat baik ku ini.. 🤲‘Org’ cederakan dia & parents dia.. tgh ugut nk amek anak pulak.. Dh report polis before, tp asek lepas..mangsa medical doctor

Posted by Emma S.a.z on Sabtu, 14 September 2019

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis USJ8, Subang Jaya. Akibat kejadian itu, bapa mangsa menerima tiga jahitan di kepala manakala mangsa hanya mengalami cedera ringan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut bagaimanapun suspek dibebaskan pada hari yang sama.

“Suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh ketika tampil memberi keterangan berkaitan kes itu kira-kira jam 12 tengah hari pada 9 September lalu.

“Bagaimanapun, suspek dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan pada hari sama.

“Suspek turut mengemukakan surat rujukan perubatan memaklumkan dia disahkan mengalami tekanan perasaan,” katanya.

Katanya lagi, polis masih menunggu laporan penuh perubatan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

ROjak Singapore Geylang Serai Dah Sampai Malaysia?