Baru-baru ini, Starbucks mengumumkan satu dasar baru dimana anda boleh duduk di kafe atau menggunakan tandasnya, walaupun tidak membuat sebarang pembelian.

Dasar itu dibuat berikutan selepas dua lelaki kulit hitam yang tidak membeli apa-apa ditangkap Starbucks cawangan Philadelphia viral di media sosial.

BACA: “Orang Islam Yang Beli Starbucks Masuk Neraka”

Sebelum ini, dasar yang diperkenal agak tidak jelas dimana orang awam boleh duduk di premis atau menggunakan tandas tanpa pembelian namun ianya bergantung kepada pengurus.

Syarikat itu berkata, kini sesiapa sahaja boleh duduk di kafe atau tandasnya tanpa sebarang pembelian, tetapi pekerja masih mempunyai hak untuk menghubungi polis jika terdapat ancaman keselamatan.

Pihak Starbucks juga turut komited untuk memastikan layanan yang baik dan turut memastikan setiap pelanggan merasakan diri mereka diterima.

Akibat video viral tersebut, Starbucks mengalami kerugian dan terpaksa menutup lebih dari 8,000 buah kedai di Amerika Syarikat dan berhadapan dengan kecaman rasis akibat insiden yang berlaku tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:
Cara Mudah Buat Green Tea Ala Starbucks
Starbucks Perkenal Kopi Latte Perisa Kunyit

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berpeluh Kepedasan Layan Nasi Kukus Malaya