Jika sebelum ini, Menteri Pertahanan Malaysia, Mat Sabu menjadi perhatian netizen dan dipuji ramai selepas gambar rumahnya yang sederhana dan kereta Viva yang dipandu oleh beliau tular di media sosial.

Kali ini Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng pula mendapat pujian ramai kerana masih mengekalkan sikap rendah diri walaupun kinin menjawat jatawan terpenting dalam negara.

BACA: Mat Sabu Dipuji Duduk Rumah Teres, Pakai Viva

Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial menunjukkan Lim Guan Eng menikmati makanan di gerai biasa bersama keluarga beliau.

Selamat duit tax kita dpt menteri mcm ni… Kudos Lim Guan Eng…. !! Our all time favourite!

Posted by Nora Jamilah on 26hb Mei 2018

Rata-rata netizen terharu dengan sikap sederhana beliau. Netizen juga turut memuji penampilan isteri dan anaknya yang berpakaian biasa.

Ada segelintir memberitahu, ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pulau Pinang, beliau sering dilihar minum petang di kedai kopi biasa dan makan di gerai biasa.

Namun seperti biasa ada segelintir netizen yang merasakan tindakan Lim Guan Eng hanya pertunjukan semata-mata.

Apa-apa pun, diharap rakyat Malaysia dapat memberi peluang kerajaan baharu untuk membina semula Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kisah Harun Peniaga Briyani Basikal 😱