Memang mengejutkan, namun ini merupakan perkara fakta dimana Malaysia menduduki tempat pertama di Asia Tenggara paling aktif menonton pornografi kanak-kanak.

Laporan dari Mstar Online, mendedahkan, Malaysia mencatatkan bacaan alamat IP tertinggi dalam memuat naik serta memuat turun gambar visual pornografi kanak-kanak.

60 peratus ibu bapa tidak pantau aktiviti online anak-anak

61e8

Sikap alpa ibu bapa di Malaysia yang membiarkan anak-anak menggunakan telefon bimbit tanpa pemantauan sekaligus memudahkan mereka jatuh ke tangan penjenayah. Hanya 35.6 peratus ibu bapa yang memantau aktiviti anak-anak mereka.

Data menunjukkan lebih 20,000 alamat IP di Malaysia memuat naik naik serta memuat turun gambar dan video porno kanak-kanak.

Seawal usia 13 tahun kanak-kanak diserang secara seksual

Laporan dari Siasatan Seksual, Wanita dan Anak Bukit Aman turut mendedahkan, secara purata seramai 60 kanak-kanak mendapat serangan seksual daripada penjenayah yang dikenali menerusi internet.

Lebih mengejutkan, 51 peratus kanak-kanak seawal usia 13 dan 15 tahun berkawan dengan penjenayah menerusi aplikasi WeChat, Facebook, WhatsApp dan Beetalk.

Sumber: Mstar