Walaupun harga barang semakin naik, Kedai Murtabak Panji Alam di Kuala Terengganu ini masih lagi menjual murtabak ayam dan daging pada harga RM2 sekeping.

Menurut peniaga, Mohd Nasir Jambol, dia berpegang kepada ‘berniaga sambil beramal’ dan masih menetapkan harga itu sejak membuka perniagaan pada tahun 2005. Lebih mengejutkan, harga teh O panas di kedainya juga hanya 40 sen sahaja.

BACA: Murtabak Durian Pula Jadi Perhatian, Laku Habis!

“Sejak mula berniaga saya tetapkan harga teh o panas 40 sen dan ia kekal hingga sekarang walaupun banyak barang naik harga. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kesungguhan, kedai makan kami tetap menjadi pilihan pelanggan biarpun keuntungan tidak seberapa,” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro.

Foto: Facebook Nurul Najihah Ismail

Menurut Nasir, sebanyak 20 kilogram tepung murtabak dan roti canai disediakan untuk memenuhi permintaan pelanggan setiap hari. Harga untuk roti canai dijual dengan harga 70 sen, manakala roti canai telur pula RM1.70.

“Saya tidak pasti jika masih ada atau tidak peniaga lain menjual roti canai pada harga 70 sen sedangkan harga semasa negeri ini RM1,” katanya.

Kedai tersebut yang terletak berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Panji itu turut menyediakan pelbagai jenis roti canai dan dibuka setiap hari.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

FOOD PARK Dalam The Curve? (27-30 September 2018)😍😍