McDonald’s Perkenal Minuman ‘Ice Blended Chocolate With Oreo’
Apa saja menu keluaran terbaru restoran makanan segera McDonald’s pasti akan membuatkan ramai teruja.
Jika sebelum ini McD Malaysia perkenal ‘Oreo Cookies & Cream Pie’ yang tertanya mendapat sambutan luar biasa, nampaknya mereka kembali memperkenalkan minuman terbaru pula.
BACA: McD Malaysia Perkenal Menu Baru ‘Oreo Cookies & Cream Pie’
Sudah mula diperkenalkan pada 5 Disember lalu, anda boleh menikmati dua pilihan minuman baru iaitu Ice Chocolate with Oreo dan Ice Blended Chocolate with Oreo. Memang khas untuk mereka yang ‘hantu’ coklat dan Oreo.
Minuman ini dijual pada harga RM12.26 sahaja dan anda boleh dapatkan di kesemua cawangan McCafe di McDonald’s.
Boleh dikatakan minuman baru dari McDonald’s ini mendapat reaksi positif daripada netizen yang sudah mencubanya. Malah ada yang mengatakan ianya setanding minuman di kafe popular.
ICE BLENDED CHOCOLATE OREO MCD! 🥤
Korang patot try ni selain Prosperity Burger yang sedap tu, ada satu lagi yang menarik! I welcome youuuu, Ice Blended Chocolate Oreo! 😍🤤 Serious nikmat sebab ada whipped cream sekali.#mcdonaldsmalaysia #mcdonalds pic.twitter.com/pLWcq3V7oQ
— Fatin Sihan (@fatinsihan) December 7, 2019
aku dengan ini menyokong 💯 bahawa memang ice blended choc oreo McD sangat sedap, boleh kata kalah la Frappucino Starbucks hahaha. https://t.co/6a8ybvPe41 pic.twitter.com/xy4v9F6qzd
— Saul J.Stefano (@muhmd_nor) December 8, 2019
Tunggu apa lagi, ajak la kawan-kawan untuk terjah cawangan McDonald’s berhampiran anda. Tak sabar pula rasanya nak cuba kedua-duanya!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥
- SUMBER
- Twitter Zakirah Amin