Apa saja menu keluaran terbaru restoran makanan segera McDonald’s pasti akan membuatkan ramai teruja.

Jika sebelum ini McD Malaysia perkenal ‘Oreo Cookies & Cream Pie’ yang tertanya mendapat sambutan luar biasa, nampaknya mereka kembali memperkenalkan minuman terbaru pula.

BACA: McD Malaysia Perkenal Menu Baru ‘Oreo Cookies & Cream Pie’

Sudah mula diperkenalkan pada 5 Disember lalu, anda boleh menikmati dua pilihan minuman baru iaitu Ice Chocolate with Oreo dan Ice Blended Chocolate with Oreo. Memang khas untuk mereka yang ‘hantu’ coklat dan Oreo.

Minuman ini dijual pada harga RM12.26 sahaja dan anda boleh dapatkan di kesemua cawangan McCafe di McDonald’s.

Boleh dikatakan minuman baru dari McDonald’s ini mendapat reaksi positif daripada netizen yang sudah mencubanya. Malah ada yang mengatakan ianya setanding minuman di kafe popular.

Tunggu apa lagi, ajak la kawan-kawan untuk terjah cawangan McDonald’s berhampiran anda. Tak sabar pula rasanya nak cuba kedua-duanya!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥