Siapa cakap orang badan besar ni tak boleh kurus dan jadi cantik? Ramai dah mereka yang berbadan besar di luar sana dah buktikan bahawa mereka juga boleh miliki bentuk badan idaman.

Gadis 22 tahun ini buktikan bahawa mereka yang berbadan besar sepertinya juga boleh kurus. Nurul Fatin Nazari, pernah melalui mimpi ngeri apabila dia pernah mempunyai berat badan 80kg selepas tamat persekolahan pada 2013.

Suka sangat makan kek tak sedar berat cecah 80kg

Beratnya naik mendadak ketika menunggu untuk menyambung pelajaran, dimana Fatin bekerja sambilan di sebuah restoran dan dia sangat suka makan kek yang dijual di kedai tersebut.

Selepas beberapa bulan menyambung pelajaran dan melakukan pemeriksaan kesihatan, barulah dia sedar berat badannya sudah mencecah 80kg.

Namun ketika itu kesedaran untuk kurus belum ada sehinggalah semua orang di sekelilingnya menggunakan perkataan “patutla gemuk malas”.

Nekad untuk kurus & jaga pemakanan

“Oleh kerana saya menyewa dan menggunakan kereta, saya terpaksa cut cost cari duit yang ayah bagi setiap bulan. Saya mula belajar diet Atkins dan cuba untuk tak makan nasi. Selepas dua bulan selesa tak makan nasi saya cuba pula tak makan heavy food. Saya kerap pergi bersenam. Pada tahun 2016, berat saya 60kg.

Kini berat 54kg & dapat tawaran untuk menjadi model

Pada tahun 2017, apabila menjalani latihan praktikal, Fatin mula mengamalkan diet kalori. Setiap makanan yang diambil berdasarkan kiraan kalori. Setiap balik kerja, mesti dia akan melakukan senaman tanpa gagal.

Kini berat badan Fatin sudah mencecah 54kg. Dia berjaya menurunkan sebanyak 26kg dan kini ditawarkan menjadi model yang selama ini memang diimpikan olehnya.

Sarapan pagi

Telur rebus (2 biji) / Roti (2 keping)

Snek

Biskut (2 keping)

Makan tengah hari

Sayur rebus

Makan malam

Ikan goreng/ Ikan bakar / Sayur rebus

Senaman (4 kali seminggu)

Tali skipping 200 kali
Cardio 50 minit
Burpees 20 kali
Sit up 3 set (1=15 kali)
Plank