Buat semua pengguna perkhidmatan Kereta Api Tanah Melayu (KTM) di sekitar kawasan Lembah Klang, bermula 10 September ini tiada lagi bayaran tunai untuk tambang pengangkutan awam tersebut.

Memetik laporan Berita Harian, transaksi tambang tanpa tunai itu berkuat kuasa untuk semua penumpang dewasa dan pelajar.

BACA: Baling Batu Pada KTM, Bukti Rakyat Malaysia Mundur

Pengurus Besar Perolehan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd. Hider Yusoff berkata, selain menggunakan kad Touch ‘n Go dan MyKad, pengenalan kad Komuter Link juga akan memudahkan urusan transaksi perjalanan pengguna.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) masih boleh membayar tambang secara tunai dan perlu mendapatkan token di kaunter tiket.

Perlaksanaan transaksi tanpa tunai ini juga pengguna dapat menikmati kadar tambang lebih murah iaitu sehingga 20 peratus, di samping menjimatkan masa beratur di kaunter atau mesin tiket untuk membayar tambang.

Gambar Oleh: www.kuaby.com

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bayar RM8.50, Boleh Makan Apa Saja?