Berikutan penurunan mendadak harga minyak yang dijangka bermula hari ini, pengusaha stesen minyak terpaksa beroperasi maksimum 18 jam berbanding sebelum ini selama 24 jam di sesetengah lokasi.

Menurut Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz, pengusaha stesen minyak terpaksa berbuat demikian untuk mengurangkan kos operasi masing-masing.

BACA: Minyak Percuma Untuk Penunggang Motosikal Sebulan Sekali

Terdahulu, kerajaan mengumumkan akan kembali menetapkan harga minyak runcit secara mingguan bermula 1 Januari 2019. Bagaimanapun, rata-rata pengusaha stesen minyak menolak cadangan tersebut dan meminta supaya apungan dilakukan secara bulanan.

Katanya, kaedah tersebut boleh menyebabkan pengusaha menaggung kerugian. PDAM juga meminta kerajaan menaikkan komisen pengusaha stesen minyak daripada 0.12 sen kepada 0.15 sen bagi mengurangkan kerugian yang ditanggung.

Kali terakhir komisen dinaikkan pada tahun 2008 dan sehingga kini pengusaha menerima komisen sebanyak 0.12 sen untuk petrol dan 0.07 sen untuk diesel.

Katanya lagi, jika permintaan tidak diterima, pengusaha tiada pilihan lain selain daripada mengurangkan waktu operasi stesen dan juga mengurangkan pekerja.

Ujarnya lagi, setiap tahun berpuluh-puluh stesen minyak terpaksa gulung tikar ekoran tidak mampu menanggung kos operasi yang tinggi dan dijangka lebih banyak lagi akan menghentikan operasi sekiranya apungan dilakukan secara mingguan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱