Ada di antara anda yang menghadapi bulan Ramadhan dengan mudah dan ada yang menghadapi kesukaran untuk berpuasa. Yelah, bukan mudah untuk berpuasa dari menahan diri dari makan dan minum selama sebulan.

Seperti yang kita tahu, waktu berpuasa bermula dari terbit fajar Subuh dan berakhir ketika terbenamnya matahari di waktu Maghrib. Umat Islam di Malaysia boleh dikatakan agak beruntung kerana waktu puasa kita hanya 13 jam sahaja.

BACA: Negara Ini Pernah Melarang Umat Islam Berpuasa

Kami senaraikan 4 buah negara dengan waktu puasa paling panjang hingga 22 jam.

1. Iceland – 22 jam

Iceland antara negara dengan waktu puasa paling panjang. Agak sukar untuk berpuasa selama 22 jam sedangkan sehari hanya 24 sahaja. Bermakna, mereka yang berpuasa di sana hanya boleh makan dan minum dalam masa 2 jam sahaja.

2. Sweden – 20 jam

Di Sweden pula umat Islam di sana hanya mempunyai waktu 4 jam sahaja untuk makan dan minum.

3. Alaska, USA – 19 jam

Alaska merupakan salah satu wilayah di Amerika yang mempunyai suhu ekstrem dan waktu puasa di sana 19 jam lebih lamanya. Populasi muslim di Alaska cukup boleh dikatakan agak ramai sekitar 3000 lebih terdiri daripada imigran dan pendatang.

4. Chile, 9 jam

Agak beruntung buat umat Islam di Chile kerana waktu puasa di negara tersebut adalah yang paling sinkat iaitu selama 9 jam sahaja.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Sotong Pedas, Air Yogurt Mangga Penawarnya