Masalah kucing dan anjing terbiar bukanlah sesuatu yang baru. Malah, kita lihat semakin banyak haiwan-haiwan tersebut di gerai makan, kawasan perumahan dan sekitar kedai-kedai.

Adakalanya masalah haiwan terbiar ini memberi masalah kepada orang ramai. Seperti kucing mereka hanya mahukan makanan dan tempat untuk tidur sahaja. Selagi ianya tidak menganggu, rasanya tiada masalah akan timbul.

BACA: Tak Perlu Pergi Jauh, Di Pekan Pahang Pun Ada Pulau Kucing

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial poster dipercayai digantung di sebuah kawasan pangsapuri untuk menangkap kucing terbiar. Malah turut menjemput semua warga perumahan itu untuk membanteras kucing terbiar di kawasan tersebut dan turut ditawarkan saguhati kepada mereka yang berjaya menangkapnya.

Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan tindakan itu sangat kurang bijak. Lebih membuatkan netizen itu berang adalah kenyataan yang tertulis pada poster tersebut, “Jangan bela kucing, sekiranya mengganggu jiran tetangga”

Panas hati dengan tindakan tersebut, netizen itu menjelaskan apa fungsi kucing untuk alam sekitar dan apa akan terjadi pada kucing-kucing tersebut apabila ditangkap.

“Jgn bela kucing, sekiranya mengganggu jiran tetangga”

Ye mmg betul, tapi kucing2 yg bakal korang tangkap tu adalah kucing2 TERBIAR yg takde sape bela pun, klau ade org bagi makan pun tu namanya IHSAN sbg seorang manusia, tak bermakna dia bela. Ibarat mcm fardu kifayah, rasanya kalau semua org di kawasan tu takde ihsan terhadap binatang, dah lama Allah ranapkan kawasan Prima Cempaka ni

Bawak2 sedar diri sikit, rahmat Allah masih ada di kawasan tu pun mungkin sebab binatang selalu zikir je, nak harap manusia keje buat maksiat je

Siap nak bagi saguhati ye, sakit sangat hati tu kat kucing nampaknya. Konon2 nak kawasan sekitar bersih la tu. Dijamin 100% takkan tahan lama bersih tu sbb yg mengotorkan alam sekitar bukannya haiwan, tapi manusia sendiri

Otak ade fikir la, Allah jadikan kucing semulajadi utk buru binatang yg lebih kotor iaitu tikus. Kalau kucing takde agak2 ape jadi pada populasi tikus ? Tak belajar sains eh ?

 

Biasanya kucing yang ditangkap akan dibunuh, inject mati

Lastly, cuba fikir ape akan jadi pada kucing2 yg ditangkap? Siapa nak bela kucing banyak2 tu ? Kalau dia kata akan dihantar ke shelter, nampak sangat MENIPU.

Shelter tak berfungsi mcm tu ye, mana ade shelter yang menerima puluhan/ratusan kucing dlm satu masa melainkan shelter tu nak lingkup awal. Shelter sepatutnya jadi tempat yg lebih baik dari jalanan, tapi kalau berpuluh/beratus kucing masuk sekaligus tanpa kawalan, penyakit akan merebak sgt cepat & kucing2 akan mati beramai2 sebab virus terutamanya virus parvo.

Kalau dia kata akan hantar ke pasar atau hutan atau tempat pelupusan sampah, itu pulak namanya BODOH. Tak menyelesaikan masalah langsung.

Tapi biasanya kucing2 yg ditangkap akan DIBUNUH ye, sama ada inject mati atau kalau nak jimat kos dia bunuh direct je,pukul ke,ape2 yg menjimatkan kos la. Ini FAKTA, bukan fitnah2 ye, tak jadi depan mata korang tak bermakna benda tu x betul

Biarlah kucing nak hidup merata atas mukabumi ni, dah mmg Allah jadikan kucing tu binatang BERSIH yg paling dekat dgn manusia & dlm Islam diiktiraf sbg ‘perhiasan’ rumah lagi, yg nak tangkap2 tu buat ape, busuk betul hati, sakit hati sgt dgn binatang comel.

Patutlah ramai anak-anak derhaka hantar mak ayah ke rumah orang tua

 

Kebanyakan orang akan bagi alasan “kucing berak merata” YESSS kucing biasanya akan berak merata di kawasan yg berpasir. Itu sebab kucing mmg takde akal.

Pernah terfikir knape org tua2 yg dah uzur pun kencing berak merata ? Sebab mereka dah takde akal & takde upaya. Korang ingat korang dah tua nyanyuk nanti korang takkan kencing berak merata ke ? Ape yg kucing2 tu buat sama je dgn ape yg kita semua bakal buat suatu hari nanti.

Patut la ramai anak2 derhaka hantar kedua ibu bapa mereka ke rumah org tua2, sebab mereka tak diajar utk jadi seorang manusia yg BERTANGGUNGJAWAB.

Bila ibu bapa yg dah uzur kencing berak merata sikit, terus nak dibuang ke rumah org tua2. Sama la konsepnya dalam banner ni, konon2 sebab kucing kencing berak merata kat kawasan tu, semua kucing nak ditangkap & dilupuskan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥