Di zaman teknologi maju ini, segala urusan menjadi lebih mudah dan semuanya hanya dihujung jari sahaja. Jika dulu kita perlukan wang tunai untuk membayar atau membeli sesuatu namun kini tidak lagi.

Siapa sangka Parlimen Malaysia melakar sejarah tersendiri dan pertama di dunia mempunyai kedai serbaneka pintar tanpa tunai di kompleks bangunannya.

BACA: Tambang Teksi Malaysia Ke-5 Paling Murah Di Dunia

Kedai serbaneka dikenali sebagai Kedai Serbaneka Pintar Ximplicity itu beroperasi selama 24 jam tanpa tenaga kerja manusia, serta dilengkapi sistem keselamatan.

Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, kedai tersebut boleh menjadi satu kaedah atau alternatif baru kepada peruncit di seluruh negara dalam usaha mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing.

Untuk memasuki kedai berkenaan, pelanggan perlu memuat turun aplikasi BingoBox di peranti telekomunikasi pintar mereka dan mengimbas kod QR yang dipaparkan di pintu kedai.

Pembayaran boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR dan membayar sama ada menggunakan kad kredit, kad debit atau dompet elektronik Boost serta Alipay.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱