Kaum perempuan sering dikaitkan dengan patung mainan kerana mereka meminatinya sejak dari kecil. Tidak kira ianya patung jenis apa asalkan comel sudah memadai bagi mereka. Seorang pengantin perempuan terkejut apabila dihadiahkan patung beruang atau teddy bear besar oleh suaminya di majlis persandingan mereka baru-baru ini.

BACA: Annabelle Merayau Di MRT?

Sumber dari Fb Perjuangan Lensa Ayen

Pengantin lelaki, Muhammad Firdaus Zainuddin, 21 tahun, menghadiahkan beberapa patung teddy bear kepada isteri tersayang, Nirda Rauda Mohd Yusof, 20 tahun, ketika majlis persandingan mereka di Klang pada bulan lepas.

“Sejak perkenalan kami selama lima tahun, isteri memang suka ‘teddy bear’. Ada juga patung beruang yang saya beli, tapi tak banyak sebab saya masih bersekolah jadi perlu menyimpan wang kalau nak belikan dia hadiah,” ujarnya kepada mStar.

Sumber dari Fb Perjuangan Lensa Ayen

Kejutan itu dirancang olehnya bersama keluarga isteri semasa mereka sedang sibuk melayan tetamu yang hadir di majlis perkahwinan mereka.

Firdaus yang bekerja sebagai pegawai tadbir memberikan lapan patung teddy bear bersaiz besar diletakkan di atas pelamin. Namun, beberapa patung terpaksa diturunkan ekoran ruang pelamin yang terhad.

Sumber dari Fb Perjuangan Lensa Ayen

“Alhamdulillah, dapat saya hadiahkan ‘teddy bear’ buat isteri. Dulu mungkin tak boleh beli banyak tapi sekarang dapatlah beli beberapa buah untuk dia,” jelasnya.

Berikutan itu, isterinya kelihatan terkejut melihat patung kegemarannya begitu banyak sekali di atas pelamin hingga mengalirkan air mata.

“Saya memang suka ‘teddy bear’ yang besar sebab bukan sahaja comel tapi boleh dipeluk. Masa bercinta dulu, suami memang ada hadiahkan ‘teddy bear’ tapi hanya bersaiz sederhana,” katanya.

“Walaupun saya peminat ‘teddy bear’ bersaiz besar, setiap pemberiannya saya terima seikhlas hati. Saya tak pernah meminta, tapi dia tahu apa yang saya suka. Memang saya teringin nak ada ‘teddy bear’ banyak. Jadi, bila ada ‘teddy bear’ masa majlis kahwin kami, memang saya tergamam,” sambungnya lagi.

Nyda mengumpul patung beruang sejak berusia enam tahun lagi mengakui bahawa dia gemarkan patung teddy bear bersaiz besar dan kini mempunyai sebanyak 16 patung jenis itu di biliknya.

“Walaupun dah kahwin, saya masih meneruskan hobi mengumpul ‘teddy bear’. Harapnya suami faham-fahamlah ya untuk terus buat kejutan ‘teddy bear’ kat saya selepas ni,” ujarnya sambil berjenaka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kisah Diet Ayam Peri & Burger Tak Muat Mulut