Dua hari lalu, kita dikejutkan dengan berita gelombang tsunami yang melanda pantai sekitar Selat Sunda, Indonesia. Setakat ini angka korban Tsunami Sunda meningkat kepada 280, lebih 1000 mangsa cedera sementara 50 mangsa dilaporkan hilang.

Hari ini, seorang pegawai mendedahkan sistem amaran pelampung tsunami Indonesia sudah tidak berfungsi sejak tahun 2012 lagi.

BACA: Giliran Menara KLCC Pula Didakwa Dari Indonesia

Menurut jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Sutopo Purwwo Nugroho, perbuatan merosak harta benda awam, kekurangan dana dan masalah teknikal antara sebab tidak mempunyai sistem pelampung amaran tsunami.

Dedahnya lagi, tiada amaran tsunami dikeluarkan semasa kejadian malam itu. Katanya lagi, sistem itu perlu dibangunkan bagi memastikan Indonesia mempunyai sistem amaran awal tsunami yang dicetuskan oleh gelongsoran tanah di bawah air dan letusan gunung berapi.

Sebanyak 127 gunung berapi atau 13 peratus jumlah keseluruhan gunung berapi terletak di Indonesia, wujud di bawah air dan pulau kecil yang boleh mengakibatkan tsunami.

Dalam pada itu, katanya lagi, agensi-agensi kerajaan serta institusi pengajian tinggi berdepan dengan cabaran untuk membangunkan sistem tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱