Umum mengetahui laluan kecemasan adalah untuk waktu kecamasan sahaja seperti kenderaan yang mengalami kerosakan dan untuk memberi laluan kepada kereta ambulans.

Namun, masih ada segelintir pengguna jalan raya yang masih sesuka hati menyalahgunakan laluan tersebut untuk kepentingan sendiri lebih-lebih lagi apabila mengalami kesesakan lalu lintas.

BACA: Nampak Kereta Guna Lorong Kecemasan, Boleh Terus WhatsApp JPJ

Satu perkongsian oleh Zulfiekar Razak yang juga merupakan kakitangan Jabatan Kecemasan dan Trauma mendedahkan bahawa pemandu atau kenderaan dari Singapura paling ramai guna laluan kecemasan.

Menurutnya, perkara itu jarang dilihat di sekitar Kuala Lumpur. Namun melalui pengamatannya di Lebuhraya Utara-Selatan semalam mendapati 2/3 daripada mereka yang menggunakan lorong itu dilakukan oleh pemandu Singapura.

Katanya lagi, rakyat Singapura sangat patuh dengan undang-undang di negara mereka tetapi mereka bersikap kurang ajar ketika berada di Malaysia.

Kata Zulfiekar lagi, 54 tahun kemerdekaan Singapura nampaknya hanyalah kebanggaan di kaca televisyen sahaja, tetapi pemikiran mereka masih jauh ketinggalan.

Dalam pada itu, Zulfiekar memberitahu aduah telah pun diajukan kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan lanjut.

Apa pun diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pengguna jalan raya lain agar tidak sesuka hati menggunakan laluan kecemasan sesuka hati.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?