Perlantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 bukan saja membuatkan rakyat Malaysia bersorak gembira, malah Tun M juga mendapat ucapan tahniah dari pemimpin seluruh dunia.

Selepas 15 tahun bersara selepas memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi kembali sebagai pemimpin negara.

BACA: Gambar Hari Pertama Tun M Bertugas Jadi Perhatian

Baru-baru ini, Guiness World Book of Record mengiktiraf Tun M sebagai Perdana Menteri Tertua Di Dunia pada usia 92 tahun 141 hari pada hari beliau dilantik.

Pengiktirafan itu sekaligus memecahkan rekod yang sebelum ini pernah dipegang oleh bekas Perdana Menteri India, Morarji Ranchhodji Desai yang dilantik sebagai perdana menteri pada usia 81 tahun.

Perdana Menteri UK, William Gladstone juga pernah diiktiraf sebagai Perdana Menteri Tertua yang kemudian melepaskan jawatan tersebut pada berusia 84 tahun.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)