Rakyat Malaysia Makin Gembira Banding Tahun Lalu
Menurut Laporan Kegembiraan Sedunia 2018, rakyat Malaysia lebih gembira tahun ini berbanding tahun lalu.
Malaysia menduduki tempat ke-35 dalam kajian tahunan itu berbanding tahun lalu di tangga ke-42.
Dalam laporan itu juga, Malaysia mengatasi negara jiran lain kecuali Singapura yang berada satu tangga di hadapan.
Thailand berada di tangga ke-46, Filipina ke-71, Vietnam ke-95, Indonesia ke-96, Laos ke-110, Kemboja ke-120 dan Myanmar ke-130.
Tahun lalu, Malaysia berada di belakang Thailand di tangga ke-42 daripada 155 negara yang terlibat.
Tahun 2012, Malaysia di kedudukan ke-51 kemudian jatuh pada tangga ke-56 pada 2013 dan ke-61 pada 2015.
Penduduk Finland dinobat paling gembira di dunia. Manakala negara yang rakyatnya paling tidak gembira adalah Burundi.
- SUMBER
- The Malay Mail Online