Menurut Laporan Kegembiraan Sedunia 2018, rakyat Malaysia lebih gembira tahun ini berbanding tahun lalu.

Malaysia menduduki tempat ke-35 dalam kajian tahunan itu berbanding tahun lalu di tangga ke-42.

Dalam laporan itu juga, Malaysia mengatasi negara jiran lain kecuali Singapura yang berada satu tangga di hadapan.

Thailand berada di tangga ke-46, Filipina ke-71, Vietnam ke-95, Indonesia ke-96, Laos ke-110, Kemboja ke-120 dan Myanmar ke-130.

Tahun lalu, Malaysia berada di belakang Thailand di tangga ke-42 daripada 155 negara yang terlibat.

Tahun 2012, Malaysia di kedudukan ke-51 kemudian jatuh pada tangga ke-56 pada 2013 dan ke-61 pada 2015.

Penduduk Finland dinobat paling gembira di dunia. Manakala negara yang rakyatnya paling tidak gembira adalah Burundi.