Selalunya menu rendang yang selalu dihasilakn menggunakan ayam dan daging. Tapi yang ini memang rare dan eksotik. Tak akan jumpa dekat tempat lain.

Sebuah kedai makan Restoran Lembah Bernam di Sekinchan menjadi tumpuan ramai kerana menyediakan hidangan eksotik dari hidupan liar.

Antara menu yang menjadi kegemaran ramai ialah rendang landak dan daging rusa masak kicap lada hitam.

Mesti ramai yang terkejut mendengarnya. Mana tidaknya, tak semua orang boleh terima hidangan unik tersebut. Lebih-lebih lagi daging landak.

Pemilik restoran tersebut, Ahid Jaafar mengakui pada mulanya agak risau untuk membuka restroan dengan konsep luar biasa itu, namun ternyata cubaannya berjaya.

Ada yang sanggup datang dari jauh untuk menikmati daging haiwan tersebut yang dikatakan baik untuk merawat penyakit lelah dan batuk.

Hidangan daging landak dijual RM24 segram ataupun RM120 satu kilogram. Manakala daging rusa RM16 segram atau RM80 satu kilogram. Ayam hutan pula dijual dengan harga RM30 seekor dan RM7.50 seketul.

Lagi satu, jangan risau tentang dari mana haiwan tersebut diperoleh. Pemilik restoran tersebut mendapatkan bekalan daripada pembekal yang memiliki lesen daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)

Restoran Lembah Bernam terletak di Jalan Main Canal, Tali Air 9, Pasir Panjang, Sekinchan. Dibuka pada pukul 11 pagi hingga 5 petang kecuali Jumaat.

Sumber: Cari Forum