Boleh dikatakan pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe antara acara tahunan yang sangat dinanti ramai. Paling tak sabar untuk melihat para peserta memperagakan busana tradisional negara masing-masing.

Jika tahun sebelum ini, busana Nasi Lemak dan Wonder Women diperkatakan ramai, nampaknya busana tahun ini sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila Ratu Cantik Malaysia 2019, Shweta Sekhon akan memperagakan busana yang diilhamkan dari kuih-muih Malaysia.

BACA: Rekaan Nasi Lemak, Ikan Bilis Dibawa Bertanding

Busana yang dinamakan ‘A Peranakan Indugence’ ini dihasilkan oleh pereka terkenal tanah air, Carven Ong. Menariknya, busana ini menggabungkan beberapa pencuci mulut tempatan yang sinonim dengan budaya Melayu, Cina dan Peranakan.

Antara pencuci mulut yang terdapat dalam replika busana itu seperti kuih onde-onde, kuih koci, talam, kuih lapis, sago dan telur merah sebagai aksesori tambahan.

Dari segi penggunaan material dan fabrik, Carven memilih songket yang sering menjadi pilihan dalam pakaian perkahwinan Melayu dan batik Nyonya yang merupakan kebanggaan wanita Peranakan.

Difahamkan, pentas akhir pertandingan Miss Universe ke-68 akan berlangsung di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat (AS), 8 Disember depan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?