Baru-baru ini, tular di media sosial video mengenai sebuah restoran popular, Raj’s Banana Leaf, apabila pekerja kedai makan itu mencuci bekas makanan di kawasan lopak air di luar permis tersebut.

Semalam, restoran tersebut diarah tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Difahamkan, restoran itu mempunyai ruang pembersihan yang kecil sehingga menyebabkan pekerja terpaksa mencuci pinggan di luar premis.

BACA: Cuci Guna Lopak Air, Restoran Popular Mohon Maaf

Video berdurasi 29 saat itu menjadi bualan ramai dan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengguna laman sosial kerana ianya perbuatan yang menjijikkan.

Menerusi pencarian syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Restoran Raj’s Banana Leaf dimiliki oleh Syarikat Intercompass Sdn. Bhd.

Lebih mengejutkan, Datuk Lee Chong Wei merupakan salah seorang daripada tiga pengarah syarikat tersebut.

Namun, memetik laporan mStar, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menafikan beliau adalah pemilik bersama restoran Raj Banana Leaf di Bangsar itu.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihan maklumat tersebut. Apa-apa pun tuan punya badan dah beritahu bahawa beliau bukan pemilik restoran itu.

ARTIKEL BERKAITAN:
KPDNKK: Harga Nasi Campur RM100 Berpatutan
Ini Harga Nasi Paling Mahal Di Singapura!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Singgah Sarang Mr. Burung Di Port Dickson