Umum mengetahui hutang negara sudah mencecah RM1 trilion. Minggu lalu Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Perak mengambil keputusan menyumbang wang mereka bagi membantu mengurangkan beban hutang yang ditanggung kerajaan.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengumumkan pembentukan tabung khas bagi membolehkan rakyat Malaysia yang ingin membantu untuk menderma bagi mengurangkan beban hutang negara.

BACA: Sandal Bata Bakal Jadi Trend Gara-Gara Tun M

“Kita akan tubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk terima derma rakyat untuk membantu kedudukan kewangan negara,” kata Tun M kepada Malaysia Kini.

Tambah Tun M, selepas kerajaan mengumumkan jumlah hutang negara, ramai rakyat tahu kedudukan kewangan negara yang “begitu buruk” dan sanggup menderma kepada kerajaan.

“Kita alu-alukan sikap patriotik mereka ini kita ucap terima kasih kepada mereka untuk tentukan derma ini sampai kepada pihak yang bertanggungjawab dalam kerajaan.

“Maka kerajaan tentukan semua derma ini diberi kepada kementerian berkenaan,” katanya.

Sesiapa yang mahu menghulurkan derma dan membantu kerajaan Malaysia, boleh salurkan melalui akaun yang tertera di atas. Ramai yang tidak tahu, tabung derma tersebut di lancarkan selepas ada beberapa rakyat Malaysia prihatin dengan keadaan negara dan memudahkan mereka untuk menderma.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ketupat Sotong Jumpa Asam Boi Cili? 😱🔥🔥