Belum reda lagi dengan isu kontroversi video parodi berpakaian wanita seksi dengan tarian tidak senonoh, Instafamous Faiz Roslan sekali lagi mencetuskan kemarahan netizen.

Semalam, Faiz Roslan dikatakan tidak menghormati bulan Ramadan dengan melakukan Instagram Live dan membuat pengakuan secara terbuka memberitahu bahawa dia tidak berpuasa.

BACA: “Nak Putih Macam-Mana Lagi, Pergi Telan Clorox”

Menerusi video berdurasi 55 saat itu, Faiz dilihat tidak ada rasa bersalah dan langsung tidak ada rasa malu menunjukkan rakannya yang juga tidak berpuasa sedang menikmati makanan di belakangnya.

Faiz turut memberitahu dia sedar bahawa dia tidak menunaikan solat 5 waktu dan disebabkan itu dia merasakan tiada guna jika dia berpuasa.

Bukan itu saja, Faiz juga turut mempersoalkan ibadah puasa orang lain dan menasihati mereka yang tidak berpuasa supaya kalau nak makan jangan tunjuk sangat walaupun tidak berpuasa.

“Macam I, kalau I nak puasa I puasa. Tapi kalau tak puasa tu jangan tunjuk sangat. Kitaorang ni dah tertunjuk,” kata Faiz.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang menganggap Faiz mempersendakan agama dan masih tidak insaf walaupun sudah diberi nasihat.

Berikutan itu, ramai yang mahu pihak Jabatan Agama Islam mengambil tindakan sewajarnya kepada Faiz Roslan agar dijadikan pengajaran buat semua orang.

Dengar cerita Instagram Faiz Roslan sudah dinyahaktifkan selepas menerima kecaman teruk dari netizen. Dai Wan pun dah putus asa untuk nasihat Faiz Roslan selepas beberapa kali campur tangan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bila Tak Sabar Nak Makan Benda Panas