Siapa sangka wujudnya roti canai dengan perisa buah-buahan. Sebuah warung di Batu 3 Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor ini menjadi perhatian ramai dengan menyediakan juadah istimewa roti canai pelangi pelbagai perisa.

Peniaga, Dimyati Tualo, 56, mula memperkenalkan menu itu sejak Januari lalu, menghasilan empat warna roti canai iaitu durian berwarna kuning, epal (hijau), strawberi (merah) dan keladi (biru), serta menggunakan pewarna dan perisa yang dibenarkan.

BACA: Cara Mudah Buat Roti Canai Untuk Mereka Baru Nak Belajar

“Sebelum ini, saya hanya buat roti canai biasa saja, namun bagi memberi kelainan dan menarik pelanggan.

“Dalam sehari, saya mampu menebar kira-kira 300 keping roti canai dan jumlah itu meningkat kepada lebih 400 keping pada hujung minggu dan roti canai pelangi berperisa durian antara yang paling popular dipesan pelanggan,” seperti dipetik daripada Kosmo!

Foto: Facebok Roti Canai Pelangi

Berniaga sejak dua dekad lalu, roti canai pelangi oleh Dimyati sangat istimewa kerana teksturnya lebih enak berbanding biasa dan masih enak dimakan walau sejuk.

Sekeping roti canai pelangi berharga RM1. Pelanggan juga boleh menikmati menu lain seperti roti canai jantan (RM2), roti canai telur goyang (RM2.50), roti canai sardin (RM3) dan roti canai telur goyang kambing (RM5.50).

Warung Dimyati Roti Canai turut menyediakan kuah istimewa iaitu kari kambing dan kari kaki ayam yang dijual berasingan, RM3 hingga RM5 semangkuk.

Gerai dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari 7 pagi hingga 12 tengah hari. Mereka juga mengambil tempahan kenduri kahwin dan majlis keraian.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Cara Mudah Buat Roti Canai, Dijamin Bersih & Jimat
Baru 12 Tahun Dah Hebat Tebar Roti Canai

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang