Sekarang ni ramai yang sanggup tinggalkan pekerjaan tetap semata-mata untuk menceburi bidang perniagaan. Termasuk seorang wanita ini yang nekad berhenti kerja sebagai penjawat awam dua tahun lepas untuk menjual kuih kapit.

Menurut usahawan kuih kapit Nur Farrah Diba Azhar, bukan mudah membuat keputusan untuk berhenti kerja, namun hasil keuntungan yang berlipat ganda membuatkan dia nekad.

BACA: “Gaji RM3,000, Hina Sangat Ke Kerja Kilang?”

“Saya beranikan diri untuk berhenti kerja dan meneruskan perniagaan kuih kapit secara sepenuh masa. Ibu dan ayah tidak bersetuju saya berhenti kerja pada mulanya sebab saya sudah punyai kerja tetap, hampir enam tahun saya bekerja dengan Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang,” katanya kepada Malay Mail.

Image via Harian Metro

Katanya, dia nekad untuk berhenti kerja selepas menerima tempahan kuih kapit yang banyak daripada pelanggannya sekali gus tidak dapat memberi komitmen kepada kerja.

Nur Farrah Diba berkata bagi memastikan kuih kapitnya terus menjadi pilihan pelanggan, dia sentiasa tampilkan dengan perisa baru yang kini turut ditambah dengan perisa coklat choki-choki, pandan, durian dan serunding ayam.

Dijual antara RM10 dan RM15 sebalang, setiap kali musim perayaan hampir 12,000 balang terjual setiap tahun dan kuih kapitnya juga menjadi pilihan masyarakat Cina.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Samyang + Cili Carolina Reaper Sampai Muntah?!!