Makin pelik kes cerai zaman sekarang, adakalanya hal remah pun boleh menyebabkan perceraian. Seperti kes ini, suami bertindak menceraikan isterinya dengan hanya kerana gula-gula getah.

Kes berlaku di India ini, seorang lelaki menjatuhkan talak tiga ke atas isterinya di kawasan pekarangan sebuah mahkamah sivil di India selepas wanita itu enggan menerima gula-gula getah yang diberikan olehnya.

BACA: Terlupa Beli Ikan Selayang Antara Punca Cerai di Terengganu

Kejadian itu berlaku apabila Simmi, 30, dari perkampungan Amrai bersama suaminya, Syed Rashid yang dikahwini pada 2004 hadir di Mahkamah Sivil Lucknow untuk perbicaraan kes wang hantaran yang difailkan ke atas mertuanya.

Difahamkan, wanita itu sedang bercakap dengan peguam bela ketika suaminya memberikan gula-gula getah tersebut, namun ditolak olehnya.

Berang pemberiannya ditolak. dalam keadaan marah, Rashid terus menceraikan isterinya dengan talak tiga di hadapan peguam terbabit.

Susulan itu, satu kes telah difailkan ke atas Rashid di bawah pelbagai Akta Wanita Islam (Perlindungan Hak Perkahwinan) 2019 dan satu siasatan turut dilancarkan.

Untuk pengetahuan anda, pada Julai lalu, Parlimen India meluluskan rang undang-undang melarang cerai talak tiga yang dianggap sebagai kesalahan jenayah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉