Pasti ramai tahu ‘Gojek’ iaitu perkhidmatan teksi motosikal sangat popular di negara jiran kita seperti Indonesia, Vietnam, Thailand dan Singapura.

Nampaknya, mungkin selepas ini negara kita bakal mempunyai perkhidmatan tersebut apabila Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berhasrat mahu memperkenalkan perkhidmatan ojek di Malaysia.

BACA: Elaun Praktikal Kerajaan Naik RM900 Sebulan Mulai September Ini

Katanya, perkhidmatan tersebut dapat membantu golongan anak muda yang mempunyai motosikal untuk membuat perniagaan kecil.

Dalam pada itu, beliau turut memuat naik kaji selidik menerusi akaun Twitternya dan mahukan suara anak muda sama ada mereka bersetuju atau tidak perkhidmatan ojek diperkenalkan di negara ini.

Setakat ini, kaji selidik menunjukkan 88 peratus bersetuju perkhidmatan berkenaan diperkenalkan dan tidak kurang juga ada yang tidak bersetuju atas faktor keselamatan.

Sementara itu ada juga yang mencadangkan bagaimana pelaksanaannya perlu dilakukan dengan mengambil kira kebaikan dan keburukan ojek.

Malah ada yang mencadangkan agar kerajaan mengenakan undang-undang tegas jika mahu memperkenalkan perkhidmatan tersebut supaya ia mampu dilaksanakan dengan baik.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini servis seakan Go-jek iaitu DegoRide pernah diperkenalkan di Malaysia namun kemudian diharamkan oleh kerajaan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bila Tak Sabar Nak Makan Benda Panas