Saban tahun setiap kali bulan Ramadan, pasti ada sahaja menu atau hidangan baru yang akan viral. Bila dah viral, ramai la yang akan serbu ke bazar untuk mendapatkannya.

Salah satunya adalah minuman Lemon Pudina Ais Laici Asam Boi yang sememangnya laku keras di bazar. Rasanya yang menyegarkan memang sedap diminum selepas seharian berpuasa.

BACA: Cara Buat Jeruk Mangga Asam Boi Rangup, ‘Confirm’ Ketagih!

Lepas ni anda tak perlu dah nak beratur panjang atau bersesak di bazar, sebab anda boleh buat sendiri minuman ini di rumah. Paling best, boleh letak banyak mana laici yang anda suka.

Bahan-bahan: (Sukatan untuk 1 Balang Air)

Daun pudina RM2.00
4 biji Lemon
100gram Sunquick
100 gram Serbuk Asam Knor
1 liter Air Gula

Cara membuatnya:

 

1. Kisar 3 biji lemon dengan 2 liter air, ambil air sahaja hampas buang masuk dalam bekas air. Masukkan 1 liter air gula.

2.Sunquick dan serbuk asam knor masukkan sekali 1 liter air panas. Kacau-kacau masukan dalam bekas air lemon tadi

3. Masukkan air batu, pati air lemon, masuk air masak agak-agak jer, 1biji hiris lemon, daun pudina. Kacau-kacau siap untuk minum.

Nota!

– Kalau nak buat banyak gandakan sahaja
– kalau nak buat banyak pastikan kene tapis banyak 2 atau 3 kali.
– Boleh simpan dalam freezer pati air lemon ni.
– Boleh pelbagaikan jenis buahan tin atau fresh ikut citarasa sendiri.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥