Bulan lalu kecoh apabila tular laporan mengenai tiada lagi aliran sains dan sastera untuk Tingkatan empat dan akan digantikan dengan sistem baru dimana pelajar dibenarkan memilih subjek mengikut minat mereka.

berkata, pihak kaunseling sekolah akan memainkan peranan penting dalam membantu pelajar dalam pemilihan subjek yang akan diambil.

BACA: Dipukul Hingga Hilang Pendengaran, Mangsa Buli Menang Tuntutan RM616,634

Nampaknya, perkara itu akan dilaksanakan apabila NST melaporkan bahawa sah tiada lagi aliran sains dan sastera untuk pelajar tingkatan empat mulai 2020.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching

Menurut Teo, kerajaan akan menggantikannya dengan subjek yang lebih relevan, termasuk pilihan dan surat mengenai perubahan itu telah dihantar ke sekolah menengah seluruh negeri.

Difahamkan, aliran sastera dan sains akan digantikan dengan pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)

Menurutnya, pemansuhan aliran sains dan sastera perlu dilaksanakan mengikut keupayaan dan situasi setiap sekolah.

“Kita tak cakap semua sekolah mesti untuk hentikan (mansuh) tapi menggalakkan pihak sekolah untuk menjelaskan, kerana kita ada pelbagai pakej.

“Pakej Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di mana mereka digalakkan untuk mengambil beberapa mata pelajaran.

“Tetapi untuk aliran sains, sastera dan kemanusiaan, mereka ada pakej yang berbeza,” katanya.

Katanya lagi, pada masa sama, pelajar boleh membuat pilihan untuk mengambil lima subjek elektif mengikut minat masing-masing.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?