Selepas 80 tahun beroperasi, syarikat akhbar tertua negara iaitu Utusan Melayu (M) Berhad akan menghentikan cetakan dua akhbarnya, Utusan Malaysia dan Kosmo!

Menurut beberapa sumber syarikat tersebut, edaran terakhir akhbar itu adalah pada Rabu ini. Kemelut melanda syarikat akhbar itu selepas menghadapi menghadapi masalah kewangan sejak beberapa bulan lalu.

BACA: Utusan Malaysia and Kosmo! Soon To Shut Down – Worker’s Salaries Unpaid

Pengerusi Pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Cawangan Utusan Mohd Taufek Abdul Razak memberitahu keputusan itu diberitahu secara lisan kepada beberapa pekerjanya semalam.

“Kami akan bekerja hari terakhir Rabu ini. Lepas itu kita tutup, tak ada operasi lagi,” katanya.

Semalam, sekumpulan pekerja Utusan berpiket di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Kuala Lumpur menuntut gaji mereka yang didakwa tidak dibayar selama tiga bulan.

Malah, kakitangan eksekutif hanya menerima bayaran RM2,000 terakhir pada bulan Jun lalu.

Utusan Malaysia mula diterbitkan pada tahun 1939 di Singapura sebagai Utusan Melayu dan ditulis dalam tulisan Jawi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kambing Golek & Satay Pilihan Hati