Baru-baru ini telah viral sebuah kisah mengenai seorang wanita berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 44 kilogram dalam masa 10 bulan kerana ingin hidup secara sihat dan berniat untuk hamil sekali setelah keguguran.

BACA: “Abah & Adik Happy Birthday Bagi Yang Cucuk Je”

Sebelum ini Nur Hafiza Mukhtar, 30, pernah mengalami keguguran dan oleh kerana tertekan dengan keadaan tersebut membuatkan dia tidak mengawal pemakanan seharian sehingga beratnya mencecah 104 kilogram.

“Doktor menasihati saya untuk kurangkan berat badan jika mahu hamil. Tapi tujuan utama saya mahu kurus kerana mahu kekal sihat. Apabila berat badan berlebihan, tubuh kita lebih mudah diserang penyakit,” beritahu Nur Hafizah kepada Harian Metro.

Apa lebih menariknya Nur Hafizah berjaya membuktikan untuk mengurangkan berat badan tidak semestinya kena mengeluarkan belanja yang besar untuk rawatan dan produk pelangsingan tubuh.

Gambar: Facebook Nur Hafiza

“Tak perlu berhabis duit pun untuk kurus. Saya tidak menggunakan khidmat pelatih kecergasan atau membeli makanan tambahan.

“Selain mahu kekal sihat, saya nekad menurunkan berat badan kerana sukar mencari pakaian dengan saiz yang lebih besar. Terutamanya apabila saya teringat kembali betapa sukarnya saya mencari busana pengantin ketika mahu berkahwin pada Mac 2015,” ujarnya lagi.

Baginya apa yang penting adalah menjaga pemakanan yang sihat dan seimbang serta memaksa diri untuk bersenam supaya badan kekal cergas.

VIDEO: “Serai Ni Letak Bila?”

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram